Gerwani Archive
Researcher log in

← GA-02016

Berita Harian, 7 November 1965: Wanita hamil belasan tahun mengaku (Lubang Buaya)

Cleaned OCR text (Fair (0.783); proof-reading: whole text (Claude, Oct 2026)). Old Indonesian spelling has been converted to modern EYD. [Unreadable] marks text that could not be recovered. English translation below.

Text

Berita Minggu, Ahad, 7 November 1965 (14 Rejab, 13[Unreadable]5) [Unreadable] wanita PKI ceritakan kisah pembunuhan kejam JAKARTA, Sabtu. Seorang wanita hamil berumur belasan tahun telah mengaku dalam akhbar Angkatan Bersenjata bahawa ia telah bersama-sama menetak dan mencincang seorang panglima Tentera Indonesia yang diikat dan ditutup matanya dalam masa percubaan merampas kuasa yang gagal pada 1 Okt. itu. Jamilah, berumur 15 tahun, yang dilahirkan pada tahun pertama kemerdekaan Indonesia, dijadualkan melahirkan anak sulungnya sendiri dalam penjara pada bulan Mei depan. Kisah disiplin Ceritanya kepada pihak yang berkuasa yang telah menangkapnya ialah semata-mata kisah disiplin latihan tentera, menyimpan rahsia dan menyeksa pegawai-pegawai yang diculik dan disembelih dalam komplotan Komunis menentang pihak yang berkuasa Tentera Indonesia. Jamilah bersama suaminya, seorang buruh yang bekerja di sebuah bengkel kereta dalam [Unreadable] Jakarta, dua-duanya menjadi anggota Pemuda Rakyat Komunis. Suami Jamilah juga menjadi pengerusi Kesatuan Pekerja-pekerja Pelabuhan Tempatan yang bergabung dengan Sobsi, Persekutuan Buruh Komunis. Pada hari Thalatha 28 September, tiga hari sebelum percubaan merampas kuasa, ejen-ejen Komunis tempatan telah memerintah mereka pergi ke Cililitan, di pangkalan Angkatan Udara Halim di luar Jakarta, untuk latihan tentera. Jamilah berkata mula-mula ia tidak mahu tetapi akhirnya bersetuju. Esoknya Jamilah bersama suaminya telah menyertai 40 orang lagi, kesemuanya lelaki, di pejabat Komunis tempatan. Mereka diberitahu bahawa mereka akan menjalani latihan pertahanan awam lalu menaiki sebuah bas menuju bahagian yang sunyi di pangkalan Angkatan Udara Halim. Di sana mereka dibahagi-bahagikan kepada pasukan-pasukan dan mulai menjalani latihan tentera di bawah pegawai-pegawai dari Madiun, kubu pemberontakan Komunis 17 tahun dahulu dalam tahun 1948. [fragment from adjacent column:] ... Kerajaan bersimpati [dengan] perjuangan wartawan-wartawan ... sentiasa ditegaskan, kata Tun Razak, pada permulaan ucapannya memuji Kesatuan Kebangsaan Wartawan-wartawan kerana menumpukan tenaga untuk menanam semangat kebangsaan itu di kalangan rakyat selain dari "berjuang mendapatkan gaji dan keadaan bekerja [Unreadable] ... satuan ini juga berusaha mendapatkan gaji dan taraf hidup yang lebih baik. Kami juga bersimpati manakala mereka membuat tuntutan-tuntutan yang berpatutan." Setiausaha kesatuan, Tuan N.T.R. Singam, dalam ucapannya menyatakan akan kejayaan Malaysia yang demokrat[Unreadable] ... [Unreadable] Menurut Jamilah, mereka berlatih sehingga petang, dan pada malam hari dikawal oleh Pemuda Rakyat. Pagi-pagi esok mereka diberitahu bahawa [Unreadable] untuk satu serangan terhadap golongan-golongan neokolonialisme dan kapitalis. Suasana hari itu tegang siang dan malam. Pengawal-pengawal Pemuda Rakyat yang bersenjata senantiasa meronda bergilir-gilir. Keluar berbaris "Kira-kira pada pukul 3 malam, kami semua diperintah supaya mandi dan keluar berbaris," kata Jamilah. "Kemudian kami diberitahu supaya membinasakan neokolonialis dan kapitalis-kapitalis tetapi kami tidak diterangkan siapakah yang dimaksudkannya." Pada pukul 5 subuh kira-kira 500 orang telah berhimpun, termasuk kira-kira 100 orang dari Gerwani, badan wanita Komunis. Pisau-pisau telah diberikan kepada wanita-wanita itu, kata Jamilah. Pada masa itu ia melihat di hadapan mereka seorang lelaki pendek dan gemuk memakai baju batik panjang, tangannya terikat dan matanya ditutup dengan kain merah. Ketua pasukan telah memerintah mereka memukul orang itu dan menetak bahagian-bahagian kemaluannya, kata Jamilah. Ketua-ketua Gerwani bahagian pelabuhan ialah yang mula-mula menyerang, diikuti oleh yang lain-lain menikam dan menetak. Jamilah tidak ketinggalan berbuat begitu manakala ramai-ramai mengerumuni [Unreadable] menetak orang yang tidak berdaya itu. Mangsa yang berlumuran darah itu kemudiannya diheret oleh empat orang yang memakai uniform hijau dan lencana-lencana pasukan khas Angkatan Udara. [Unreadable] membawanya ke sebuah perigi yang berdekatan situ dan menembaknya tiga kali untuk membunuhnya. Kemudian wanita-wanita [Unreadable] diperintah sekali lagi [Unreadable] menikam dan menetak [Unreadable] orang itu pada bahagian [Unreadable] kemaluannya sedang [Unreadable] terlentang berlumuran darah dan mati. "Bila saya bertanya [Unreadable] kawan-kawan saya siapakah itu, salah seorang [Unreadable] mulut saya [Unreadable] pun tidak bertanya," kata Jamilah. "Selepas itu mayat [Unreadable] pun dibuangkan ke dalam perigi. Dengan rasa [Unreadable] dan [Unreadable] kami [Unreadable] ke bahagian [Unreadable] itu dan [Unreadable] mendengar dari [Unreadable] bahawa kami telah membunuh seorang panglima [Unreadable]." — UPI. [fragment from adjacent column:] IKLAN KECIL. JAWATAN KOSONG. PERMOHONAN [Unreadable] dari Guru D.T.C. untuk menjawat jawatan Guru di Sekolah Kebangsaan Solok Menang [Unreadable], Alor Gajah, Melaka. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada Setiausaha [Unreadable] Sekolah tersebut sebelum [Unreadable] hingga 20 [Unreadable]. [fragment from adjacent column:] KAYU TAS[Unreadable] SAMBUTAN HANG[Unreadable] BESAR HIKMAT ... siapa gunakan Kayu [Unreadable] tak perlu bimbang binatang-binatang buas. [Unreadable] kenal di hutan? [Unreadable] ASLI

English translation

=== [Page 1] === Date retrieved: 2026-10-17 NOTE: Only the search-result lead text (first ~60 words) is saved here. Full OCR text and page image sit behind NewspaperSG's Terms-and-Conditions click-through, which the sweep agent did not accept; open the URL and click 'I Agree' to read/print. Matched queries: gerwani; "wanita komunis" Indonesia; Gerwani PKI Lead text (uncorrected OCR), translated: UPI JAKARTA, Saturday. A pregnant teenage woman has confessed in the newspaper Angkatan Bersenjata that she, together with others, hacked and slashed an Indonesian Army general who was tied up and blindfolded during the attempt to seize