Berita Harian, 9 Disember 1965: Wanita yang dipenjarakan (Kurnipi, UPI)
Cleaned OCR text (Poor (0.724); proof-reading: whole text (Claude, Oct 2026)). Old Indonesian spelling has been converted to modern EYD. [Unreadable] marks text that could not be recovered. English translation below.
Text
=== [PDF page 1] ===
Tangisan di Bukit [Unreadable]
1 Oktober
Oleh KURNIPI, Jurugambar UPI
"MENGAPA menangis?" saya bertanya perempuan yang dipenjarakan itu.
"Anak-anak saya di rumah," katanya. "Mengapa saya di sini? Apa yang saya lakukan? Sampai bila mereka tahan saya di sini?"
Inilah pertanyaan-pertanyaan yang tidak dapat saya menjawab. Banyak orang lain cuba menjawab pertanyaan-pertanyaan seumpama itu.
=== [PDF page 2] ===
Ada seramai 110 orang tahanan dalam penjara perempuan di Bukit Duri, salah sebuah tempat tahanan di ibukota ini.
Perempuan ini telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam percubaan merampas kuasa yang dilancarkan oleh Komunis pada 1 Oktober yang lalu.
Di antara mereka ialah dua orang anggota utama Gerakan Wanita Indonesia (Gerwani), Puan Salawati Daud dan Puan Umi Sardjono, kedua-duanya menjadi anggota Parlemen dan Kongres Rakyat.
Juga terdapat Emi binti Madali, berumur 20 tahun, yang mengaku mengambil bahagian dalam pembunuhan Allahyarham Ketua Tentera Darat, Lt. General Yani, pada waktu menjelang subuh pada hari percubaan rampasan kuasa tersebut.
Selain itu terdapat juga dua orang anak kecil, budak perempuan berumur tujuh tahun dan anak lelaki berumur kira-kira dua tahun setengah, yang masuk pen[jara] [Unreadable] kerana mereka tidak ada waris lain untuk menjaga [Unreadable]
=== [PDF page 3] ===
Pembunuh
Seperti juga beratus-ratus orang rakan perjuangan mereka di seluruh ibukota ini dan beribu-ribu lagi di seluruh negeri, perempuan-perempuan ini telah ditangkap dalam usaha menghancurkan anasir-anasir Komunis selepas berlaku percubaan rampasan kuasa itu.
Ramai seperti Emi binti Madali, secara langsung dikaitkan dengan pembunuhan kejam beramai-ramai enam orang panglima tentera.
Panglima-panglima itu telah diculik dari rumah masing-masing sebelum subuh dan dibawa ke sebuah khemah latihan Komunis di Lubang Buaya, di luar kota Jakarta dekat pangkalan angkatan udara Halim.
Lain-lainnya ialah pegawai-pegawai kanan Gerwani yang menjadi tunjang gerakan Komunis.
Perempuan-perempuan di Bukit Duri membantah bahawa mereka tidak bersalah dan melarang jurugambar-jurugambar mengambil gambar mereka.
Setengah-setengahnya duduk mendiamkan diri sahaja dan merenung keluar dari bilik tahanan mereka.
Sudah dua bulan mereka menunggu untuk mengetahui untung nasib mereka.
English translation
=== [Page 1] ===
Date retrieved: 2026-10-17
NOTE: Only the search-result lead text (first ~60 words) is saved here. Full OCR text and page image sit behind NewspaperSG's Terms-and-Conditions click-through, which the sweep agent did not accept; open the URL and click 'I Agree' to read/print.
Matched queries: gerwani
Lead text (uncorrected OCR), translated:
By KURNIPI, U.P.I. photographer. "Why are you crying?" I asked the imprisoned woman. "My children are at home," she said. "Why am I here? What have I done? How long will they keep me here?" These are questions I could not answer. Many others have tried to answer