Negara2 yang sokong Malaysia jangan hadhir dlm sidang di-Algiers (Sukarno to a Gerwani rally)
Cleaned OCR text (Poor (0.723); proof-reading: whole text (Claude, Oct 2026)). Old Indonesian spelling has been converted to modern EYD. [Unreadable] marks text that could not be recovered. English translation below.
Text
NEGARA-NEGARA YANG SOKONG MALAYSIA JANGAN HADIR DALAM SIDANG DI ALGIERS
JAKARTA, Rabu.
PRESIDEN Sukarno berkata malam tadi bahawa beliau telah memberitahu Presiden Algeria, Ahmad Ben Bella, bahawa sidang Afro-[Unreadable] yang bakal diadakan di Algiers pada [Unreadable] bulan ini hendaklah merupakan satu sidang anti-imperialis "untuk meleburkan segala corak imperialisme."
Berucap kepada 10.000 [Unreadable] orang wanita Komunis dari pertubuhan Gerwani, pemimpin Indonesia itu memberi amaran kepada negara-negara yang menyokong penyertaan Malaysia supaya menjauhkan diri dari persidangan tersebut.
"Pihak-pihak yang menyokong Malaysia, Israel dan Korea Selatan, lebih baik meninggalkan persidangan itu. Jika mereka mahu keluar, silalah buat begitu.
"Lebih baik sedikit saja negara menyertai persidangan itu supaya lebih kemas, daripada banyak tetapi haru-biru," katanya.
Presiden Sukarno berkata utusan khas Presiden Ben Bella yang menemuinya baru-baru ini telah bertanya apakah sikap persidangan itu kelak.
'Imperialism'
"Saya beritahu dia tu[Unreadable] (utusan khas tersebut), persidangan kedua Afro-Asia itu hendaklah berpegang teguh kepada prinsip sidang pertama yang diadakan di Bandung, sepuluh tahun yang lalu. Persidangan tersebut hendaklah memadukan semua tenaga anti-imperialis di Asia dan Afrika dan meleburkan semua corak imperialisme," kata Presiden Sukarno.
Algiers hendaklah menjadi landasan untuk persidangan negara-negara Asia Afrika dan Amerika Latin dan persidangan negara-negara yang baru muncul yang bakal diadakan di Jakarta pada tahun depan, katanya.
Presiden Sukarno berkata bahawa beliau akan mengutus Menteri Luarnya Dr. Subandrio ke Algiers untuk menghadiri persidangan peringkat menteri-menteri dan kemudian beliau sendiri akan pergi dengan membawa satu rombongan Nasakom (nasionalis, agama dan Komunis) dan wakil-wakil dari pertubuhan-pertubuhan wanita untuk menghadiri sidang kemuncak Afro-Asia itu. — Reuter
[fragment from adjacent column:] Senjata-senjata untuk pemberontak-pemberontak Eritrea dirampas. KHARTOUM, Rabu. — [Unreadable] Pembebasan Eritrea [Unreadable] laporan-laporan pertama yang [Unreadable] dunia luar dari Sudan ini berkata [Unreadable] senjata-senjata yang dirampas di [Unreadable] datang dari Syria [Unreadable] Gerakan Pembebasan Eritrea [Unreadable] Menteri Kehakiman [Unreadable] Moed Gubara El-Awad ditangkap kerana [Unreadable] Gerakan Pembebasan Eritrea berjuang untuk [Unreadable] wilayah Eritrea [Unreadable]
[fragment from adjacent column:] BERSETUJU, VIETNAM BAHAYA. ADDIS ABABA, Rabu. — Sardar Swaran Singh, Menteri Ehwal Luar India, berkata di sini semalam bahawa keadaan di Vietnam amat merbahaya dan boleh menyebabkan timbulnya satu malapetaka yang besar. Berucap dalam satu persidangan akhbar, Menteri India itu berkata: "Persidangan kemuncak Afro-Asia di Algiers tentu akan membincangkan masalah Vietnam." Sardar Swaran Singh berkata bahawa dalam masa menghadap Maharaja Haile Selassie selama dua jam kelmarin mereka telah mengulangkaji masalah-masalah antara bangsa, terutama sekali perkara-perkara mengenai perpaduan Afro-Asia.
Sumbang bakti
"Kedua-dua negeri merasa bahawa persidangan Afro-Asia yang akan datang dapat menyumbangkan bakti untuk perpaduan Afro-Asia," katanya.
"Telah dipersetujui bahawa sengketa-sengketa di antara dua negeri seperti India dan China, Habsyah dan Somalia, janganlah dikemukakan dalam persidangan itu.
"Sebarang usaha untuk membincangkan sehalus-halusnya atau mencuba untuk menyelesaikan sengketa-sengketa seperti itu adalah di luar kelayakan persidangan itu." — Reuter
[fragment from adjacent column:] Penari-penari mesti tutup dada — perintah. BRISTOL, (England Barat), Rabu. — Penari-penari Senegal mesti menutup dada masing-masing apabila mereka mengadakan dua pertunjukan pada minggu depan, demikian jawatankuasa hiburan bandaran memutuskan semalam. Pengurus Syarikat Tarian Kebangsaan Senegal yang sedang melawat Britain, telah membantah keputusan itu. Penari-penari tersebut biasanya menunjukkan tarian [Unreadable] dada terbuka. — Reuter
[fragment from adjacent column:] [Unreadable] Kamaliah binti Sa'ad, 20 tahun, telah berjaya bagi pertama kalinya memenangi gelaran dalam peraduan [Unreadable] Sukarno ulangi lagi [Unreadable] gelaran Miss Malaysia [Unreadable] Tentera British [Unreadable]
English translation
=== [Page 1] ===
[Main headline: "Sukarno repeats it again"]
STATES THAT SUPPORT MALAYSIA SHOULD NOT ATTEND THE CONFERENCE IN ALGIERS
JAKARTA, Wednesday. – PRESIDENT Sukarno said last night that he had told President [of Alge]ria Ahmed Ben Bella that the Afro-[Asian] conference to be held in Algiers at the end of this month must be an anti-imperialist conference "to destroy every form of imperialism."
Speaking to 10,000 Communist women of the organisation Gerwani, the Indonesian leader warned states that support Malaysia's participation to keep away from the conference.
"Those who support Malaysia, Israel and South Korea had better leave the conference. If they want to get out, let them do so. It is better for only a few countries to take part in the conference so that it is more solid, than many but in chaos," he said.
President Sukarno said that President Ben Bella's special envoy, who met him recently, had asked what the attitude of the conference would be.
'Imperialism'
"I told him (the special envoy) that the second Afro-Asian conference must hold firmly to the principles of the first conference held in Bandung ten years ago. The conference must unite all anti-imperialist forces in Asia and Africa and destroy all forms of imperialism," said President Sukarno.
Algiers must become the springboard for a conference of the countries of Asia, Africa and Latin America and a conference of the new emerging forces to be held in Jakarta next year, he said.
President Sukarno said he would send his Foreign Minister, Dr. Subandrio, to Algiers to attend the ministerial-level meeting, and he himself would then go with a Nasakom (nationalist, religious and Communist) delegation and representatives of women's organisations to attend the Afro-Asian summit. – Reuter
[Other article: Weapons for Eritrean rebels seized (Khartoum) – not translated]
[Other article: Agreed that Vietnam is dangerous – Swaran Singh in Addis Ababa on the Afro-Asian summit – not translated]
[Other article: Dancers must cover their chests – order (Bristol, Senegalese dancers) – not translated]
[Other items: Miss Kedah/Perlis 1965; Miss Malaysia; British troops – fragments, not translated]