Gerwani Archive
Researcher log in

← GA-03326

Ketua Komunis Jawa Barat di-tawan dekat Bandung (Gerwani members arrested)

Cleaned OCR text (Poor (0.734); proof-reading: whole text (Claude, Oct 2026)). Old Indonesian spelling has been converted to modern EYD. [Unreadable] marks text that could not be recovered. English translation below.

Text

KETUA KOMUNIS JAWA BARAT DITAWAN DEKAT BANDUNG Tentera bertindak lekas kerana hasutan Peking JAKARTA, Isnin. — TENTERA Indonesia telah bertindak cepat terhadap sebuah kenyataan oleh pemimpin-pemimpin China Komunis yang menyeru rakyat Indonesia supaya melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menggulingkan Kerajaan General Suharto. Tentera hari ini mengumumkan bahwa seorang tokoh Komunis, Yakob Margolang, telah ditawan dekat Bandung, Jawa Barat. Margolang cuba membentuk sebuah Parti Komunis yang baru di Jawa Barat, kata pengumuman itu dan menambah bahwa beberapa orang wanita yang dipercayai menjadi anggota Gerwani, pertubuhan sulit wanita-wanita Komunis, juga telah ditangkap. Amaran Semalam tentera telah mengeluarkan sebuah kenyataan keras memberi amaran bahwa ia akan meleburkan setiap orang atau kumpulan yang cuba memulihkan kuasa bekas Presiden Sukarno. Kenyataan itu berkata setengah-setengah golongan dan [Unreadable] Komunis sekarang cuba memulihkan kuasa Dr. Sukarno. Sebelum itu, tentera menerangkan bahwa [Unreadable] berat kenyataan Parti Komunis China itu. Kenyataan China Komunis itu dikeluarkan serentak dengan perayaan ulang tahun ke-40 Parti Nasionalis Indonesia yang pro-Sukarno. Dalam perayaan itu, [Unreadable] Karno" telah kedengaran. Panglima Tentera Kalimantan Barat, Brigadier General J. Wotono berkata tenteranya sedang memperhebat gerakan memburu pemberontak-pemberontak Komunis di sepanjang perbatasan dengan Malaysia, demikian kata berita Antara hari [Unreadable] Tunggu masa Menurut Antara, General itu berkata Komunis-Komunis itu, kebanyakan orang-orang China dari Sarawak, hanya menunggu masa saja lagi untuk dihancurkan. Sementara itu kantor berita bebas Indonesia, K.N.I., memberitakan bahwa wartawan Antara di Pontianak, Tuan Bambang Sumitra dan seorang lagi telah ditangkap dan dituduh menjadi anggota Parti Komunis Indonesia yang telah diharamkan itu. Kedua-duanya akan diterbangkan ke Jakarta tak berapa lama lagi, kata K.N.I. Akhbar pelajar-pelajar, Harian KAMI, hari ini menyeru Kerajaan supaya bertindak terhadap "Sukarno-Sukarno Kecil" dalam [Unreadable] Nasionalis Indonesia. Tajuk rencana akhbar itu berkata bahwa kenyataan tentera itu nyata ditujukan terhadap "orang-orang Sukarno." Tindakan-tindakan [Unreadable] harus diambil sekarang [Unreadable] mereka, kata [Unreadable] lagi. — Reuter MUKA 3 [fragment from adjacent column:] Askar-askar Federal Nigeria terus mara masuk ke Timur [fragment from adjacent column:] LAGOS, Isnin. — NIGERIA semalam mendakwa tentera-tentera Federal sedang mara terus dalam negeri yang mengakui dirinya Republik Biafra, tetapi sumber-sumber di Enugu, ibukota yang berpisah itu, berkata tentera-tentera Biafra sedang mempertahankan kedudukan mereka dalam perjuangan sengit di medan perang sepanjang 108 batu. Radio Nigeria di Lagos berkata tentera-tentera Federal telah mengepung bandar Universiti Nsukka 41 batu di utara Enugu, setelah menawan tiga buah bandar lain dalam perjuangan empat hari untuk menggulingkan pemerintahan yang berpisah itu. Bandar-bandar lain yang ditawan ialah Obolo, 10 batu dari Nsukka, dan Gakem dan Obudu di utara wilayah Ogoja, berhampiran dengan perbatasan wilayah yang berpisah itu. [fragment from adjacent column:] Penafian [fragment from adjacent column:] Sumber-sumber di Enugu menafikan bahwa Nsukka telah dikepung dan berkata Obudu telah diduduki oleh pasukan-pasukan Biafra. Markas tentera di Enugu berkata pertempuran tertumpu di perbatasan utara Biafra dan harapan tentera Federal untuk memenangi pertempuran itu telah [Unreadable] [fragment from adjacent column:] MALIK HUSSEIN MASIH HARAPKAN SIDANG PUNCAK ARAB — HUSSEIN TAK MAHU BUAT PENYELESAIAN BERASINGAN [fragment from adjacent column:] AMMAN, Isnin. — Malik Hussein, Raja Jordan, berkata malam tadi ia akan menolak sebarang cadangan untuk menyelesaikan masalah Jordan berasingan daripada seluruh dunia Arab. Beliau berkata ia akan terus menolak selagi ada harapan walaupun tipis untuk mengadakan sidang puncak Arab. Dalam pidatonya menerusi Radio Amman, Malik Hussein berkata: "Perjuangan kita ialah untuk seluruh negara Arab dan kejayaannya tidak bergantung kepada kita saja, tetapi adalah hasil usaha saudara-saudara [Unreadable] [fragment from adjacent column:] Dunlop Estates Berhad [fragment from adjacent column:] LONDON, Isnin. — Akhbar Financial Times memberitakan bahwa wakil-wakil ladang-ladang getah Dunlop di Malaya menawarkan kepada orang ramai pada 25 July ini, untuk membeli saham sebanyak M$12 juta, tiap-tiap satu berharga seringgit, untuk syarikat baru bernama Dunlop Estates Berhad. Jumlah saham biasa [Unreadable] syarikat baru itu [Unreadable] juta dan modal yang [Unreadable] juta berharga seringgit tiap-tiap satu, $20 juta dikhaskan sebagai saham tanggungan untuk [Unreadable]

English translation

=== [Page 1] === Army acts quickly because of Peking's incitement WEST JAVA COMMUNIST LEADER CAPTURED NEAR BANDUNG JAKARTA, Monday. – THE Indonesian Army has acted swiftly against a statement by Communist Chinese leaders calling on the Indonesian people to launch an armed rebellion to overthrow the government of General Suharto. The Army announced today that a Communist figure, Yakob Margolang, had been captured near Bandung, West Java. Margolang had tried to form a new Communist Party in West Java, the announcement said, adding that several women believed to be members of Gerwani, the secret organisation of Communist women, had also been arrested. Warning Yesterday the Army issued a strongly worded statement warning that it would crush any person or group trying to restore the power of former President Sukarno. The statement said that some groups and Communists were now trying to restore Dr. Sukarno's power. Before that, the Army explained that it took the statement of the Chinese Communist Party seriously [partly unreadable]. The Communist Chinese statement was issued at the same time as the celebration of the 40th anniversary of the pro-Sukarno Indonesian Nationalist Party. At that celebration shouts of "Long live Bung Karno" were heard. The West Kalimantan Army commander, Brigadier General J. Wotono, said his troops were intensifying the hunt for Communist rebels along the border with Malaysia, the Antara news agency said today. Waiting for the time According to Antara, the General said the Communists, mostly Chinese from Sarawak, were only waiting for the time to be crushed. Meanwhile the independent Indonesian news agency K.N.I. reported that the Antara correspondent in Pontianak, Mr. Bambang Sumitra, and another person had been arrested and accused of being members of the banned Indonesian Communist Party. Both will be flown to Jakarta shortly, KNI said. The students' newspaper Harian KAMI today called on the Government to act against the "little Sukarnos" in the Indonesian Nationalist Party. The paper's editorial said the Army's statement was clearly aimed at "Sukarno's people." Action must be taken against them now, the paper said. – Reuter [Other article: Federal Nigerian troops continue to advance into the East (Biafra) – not translated] [Other article: King Hussein will not settle separately; still hopes for an Arab summit – not translated] [Other article: New shares in Dunlop Estates Berhad – not translated]