Aidit di-kepong oleh ahli2 Tentera di-Jawa Tengah (Gerwani 'suicide squad' in Solo)
Cleaned OCR text (Fair (0.802); proof-reading: whole text (Claude, Oct 2026)). Old Indonesian spelling has been converted to modern EYD. [Unreadable] marks text that could not be recovered. English translation below.
Text
Aidit dikepong oleh ahli-ahli Tentera di Jawa Tengah
JAKARTA, Sabtu. — Pengerusi Parti Komunis Indonesia D. N. Aidit, yang diburu oleh Tentera semenjak percubaan rampasan kuasa yang gagal pada 1 Oktober, telah terperangkap di Jawa Tengah, demikian dilaporkan hari ini.
Pemimpin tentera daerah Surakarta, Col. Jasir, disebut oleh akhbar tentera Berita Yudha sebagai berkata bahawa pasukan-pasukan Kerajaan telah memperhebatkan gerakannya mencari Aidit.
Kawasan persembunyiannya telah dikepong dengan ketatnya hingga peluang untuk ia melarikan diri tipis, kata Col. Jasir.
Ia berkata pegawai tinggi Komunis itu diiringi oleh sembilan orang pengikutnya, termasuk tiga orang colonel tentera.
Sementara itu satu "Pasukan Berani Mati" terdiri dari wanita Komunis telah dibunuh apabila mereka cuba menyekat perjalanan kereta-kereta kebal tentera di jalan-jalan bandar Jawa Tengah, demikian siaran pasukan-pasukan Tentera Indonesia.
Mengejek-ejek
Siaran itu berkata sembilan "anggota berani mati" dari Gerwani (pertubuhan wanita Komunis) telah berdiri di depan kereta-kereta kebal itu [Unreadable] Solo. Mereka "dengan lembut telah disuruh ke tepi" untuk kereta-kereta kebal itu lalu tetapi wanita-wanita itu telah terjun [Unreadable] itu dan membelakangkan mereka.
Tentera-tentera itu mencuba mengusir wanita-wanita itu dengan melepaskan tembakan ke udara, kata siaran itu. Kemudian, "melihatkan [Unreadable] yang degil itu, Tentera terpaksa mengakhiri jiwa mereka (wanita-wanita itu)," siaran itu menambah.
Siaran itu tidak menyebut bagaimana wanita-wanita itu mati.
Kantor berita Antara melaporkan gerakan membasmi Komunis dan anasir-anasir rampasan kuasa terus dijalankan oleh tentera. Antara berkata bahawa di Cilacap, Jawa Tengah, [Unreadable] MUKA 10 ruang 4
[fragment from adjacent column:] China tuntut Indonesia mesti minta maaf
[fragment from adjacent column:] PEKING, Sabtu. — China telah menuntut supaya Indonesia meminta maaf kerana satu serangan atas Konsulat China di Medan, Sumatra, awal minggu ini, kata syarikat berita New China.
[fragment from adjacent column:] [Unreadable] surat kepada Kementerian Luar Indonesia mensifatkan serangan atas Konsulat itu sebagai satu "provokasi yang sangat berat terhadap Republik Rakyat China dan rakyat China."
[fragment from adjacent column:] Syarikat berita itu berkata [Unreadable] yang dikumpulkan oleh golongan-golongan sayap kanan telah mengoyak bendera China, memecahkan lambang China dan memekik-mekik slogan-slogan mencaci seperti "jahanamlah Mao Tse-Tung" dan "usir keluar Konsul China."
[fragment from adjacent column:] Surat bantahan dari Kedutaan China di Jakarta itu berkata serangan itu dilakukan dengan [Unreadable] pihak yang berkuasa [Unreadable] dan Kerajaan di Me[dan]. "Askar-askar dan polis Indonesia yang hadir melihat sahaja dengan berpeluk tubuh dan tidak cuba pun untuk menahan perusuh-perusuh itu," kata surat itu.
[fragment from adjacent column:] 3 mati nahas lori. BATU PAHAT, Sabtu. — Tiga orang telah terbunuh dan dua lagi tercedera dalam satu pelanggaran antara dua buah lori di batu 2 jalan antara Johor Baharu dan Labis semalam.
[fragment from adjacent column:] sokongan wang
English translation
=== [Page 1] ===
Aidit surrounded by Army men in Central Java
JAKARTA, Saturday. – THE CHAIRMAN of the Indonesian Communist Party, D. N. Aidit, who has been hunted by the Army since the failed attempt to seize power on 1 October, has been trapped in Central Java, it was reported today.
The Surakarta regional army commander, Col. Jasir, was quoted by the army newspaper Berita Yudha as saying that Government units had intensified their operations to find Aidit.
His hiding area had been so tightly surrounded that his chances of escape were slim, said Col. Jasir. He said the senior Communist was accompanied by nine followers, including three army colonels.
Meanwhile a "Suicide Squad" (Pasokan Berani Mati) made up of Communist women was killed when they tried to block the path of army tanks in the streets of a Central Java town, according to a broadcast by Indonesian army units.
Jeering
The broadcast said nine "suicide members" from Gerwani (the Communist women's organisation) stood in front of the tanks in [the town of] Solo.
They were "gently told to move aside" for the tanks to pass, but the women jeered at the paratroopers and turned their backs on them.
The troops tried to drive the women away by firing shots into the air, the broadcast said. Then, "seeing [that the women] were stubborn, the troops were forced to end their (the women's) lives," the broadcast added. The broadcast did not say how the women died.
The Antara news agency reported that the operations to eradicate Communists and coup elements were continuing to be carried out by the army. Antara said that in Cilacap, Central Java, [continued on page 10].
[Other article: China demands Indonesia must apologise (attack on the Chinese consulate in Medan) – not translated]
[Other article: 3 dead in lorry accident (Batu Pahat) – not translated]