Gerwani Archive
Researcher log in

← GA-03339

Kemarahan memunchak terhadap PKI kerana pembunohan2 (Anger mounts against the PKI)

Cleaned OCR text (Poor (0.743); proof-reading: whole text (Claude, Oct 2026)). Old Indonesian spelling has been converted to modern EYD. [Unreadable] marks text that could not be recovered. English translation below.

Text

=== [PDF page 1] === Kemarahan memuncak terhadap PKI kerana pembunuhan-pembunuhan SUKARNO DAN KABINET BERSIDANG KALI PERTAMA: SEMENJAK "GERAKAN 30 SEPTEMBER" MEMBERONTAK KUALA LUMPUR, Rabu. PRESIDEN Sukarno dan Kabinetnya telah bersidang hari ini untuk pertama kali semenjak "Gerakan 30 September" tercetus minggu lalu, demikian menurut Radio Jakarta yang didengar di sini hari ini. Sidang Kabinet itu diadakan di Istana Presiden di Bogor, 40 batu dari Jakarta, berlangsung pada ketika kemarahan sedang memuncak terhadap Partai Komunis Indonesia akibat pembunuhan panglima-panglima tertinggi Angkatan Darat oleh puak-puak pemberontak Lt Col Untung. Partai Nahdatul Ulama - parti Islam yang terbesar di Indonesia - pagi tadi mengumumkan kenyataan menuntut Presiden Sukarno supaya mengharamkan PKI dan organisasi-organisasi yang bergabung dengan partai tersebut. "NU selain mengutuk [Unreadable] September" sebagai pengkhianat, menyatakan bahawa fakta-fakta menunjukkan kaum pemberontak telah membahagi-bahagikan alat senjata kepada Pemuda Rakyat, Gerwani, SOBSI dan semua organisasi lain yang "ikut serta mendalangi gerakan 30 September". Kenyataan itu menunjukkan bahawa anggota-anggota Pemuda Rakyat dan Gerwani telah datang dari daerah-daerah dan berlatih di Sarang Buaya, di luar Jakarta, di mana mayat panglima-panglima tertinggi itu telah dijumpai. === [PDF page 2] === Menurut NU, hakikatnya PKI ialah tidak sahaja mendukung "Gerakan 30 September" tetapi tajuk-tajuk rencana Harian Rakyat menyokong gerakan untuk merebut kekuasaan negara. Kenyataan itu menuntut Presiden Sukarno supaya mencabut izin penerbitan surat-surat khabar PKI - Harian Rakyat - dan surat-surat khabar yang diterbitkan oleh golongan-golongan PKI. Radio Jakarta pagi ini telah berkali-kali menyiarkan pengumuman meminta anggota Kabinet supaya menghadiri persidangan Kabinet di Bogor. Tidak diketahui adakah pemimpin PKI, D.N. Aidit akan menghadiri persidangan itu. Di mana Aidit sekarang tidak diketahui. Tetapi difahamkan beliau bersama pemimpin-pemimpin PKI yang lain sedang bersembunyi di Jawa Tengah. Radio Jakarta pagi tadi telah mensifatkan pengumuman-pengumuman yang diterimanya dari badan-badan rakyat mengutuk "Gerakan 30 September" itu sebagai "banjir." Lapan surat khabar harian telah diizinkan terbit semula oleh penguasa perang tentera di Jakarta. Surat-surat khabar itu yang kebanyakannya akhbar-akhbar golongan Islam dan golongan di luar PKI antaranya ialah Duta Masyarakat, Suara Islam dan termasuk juga surat-surat khabar lidah rasmi Kementerian Luar Indonesia dalam bahasa Inggeris, Indonesian Herald. Sharikat berita rasmi "Antara" masih dilarang terbit lagi. Tetapi penguasa perang Jakarta berjanji soal mengizinkan penerbitan semula Antara sedang di dalam penelitian. [Unreadable] mingguan belum lagi diizinkan terbit. === [PDF page 3] === Memberantas Radio Jakarta terus menyiarkan pengumuman-pengumuman dari panglima-panglima tentera dan menteri-menteri kepada rakyat supaya setia kepada negara, kepada Pancasila dan kepada Presiden Sukarno. Sebuah puncak pimpinan angkatan perang yang baharu telah terbentuk di Jawa Tengah untuk memberantas sisa-sisa pemberontak. Pimpinan itu dipegang oleh Lt. Col. Suparno. Dua batalion dari Divisi Diponegoro dikatakan telah pulang ke markas tenteranya di Yogyakarta, Jawa Tengah, menurut Radio Jakarta. Tidak jelas adakah batalion-batalion itu terlibat dalam pemberontakan Lt. Col. Untung. Menurut Radio Jakarta, panglima Regimen ke-72 dari Divisi Diponegoro di Yogyakarta telah dibunuh di hadapan mata keluarganya. Pemberontak-pemberontak telah mencencang-cencang isterinya dan anak-anaknya, menurut Radio itu. Sementara itu Radio Medan petang tadi mengumumkan larangan-larangan pemerintah penguasa tentera Sumatera terhadap rapat-rapat umum, pertemuan-pertemuan atau demonstrasi-demonstrasi. Penguasa Daerah Tentera Sumatera Utara memutuskan untuk melarang rapat-rapat umum dan [Unreadable] yang menurut [Unreadable] itu, "untuk mempertinggi waspadaan dan kesiap-siagaan rakyat". Pidato-pidato harus bertulis dan disampaikan terlebih dahulu kepada pihak-pihak yang berkuasa tentera. Slogan-slogan juga harus diluluskan oleh pihak tentera. Rapat-rapat dan pertemuan-pertemuan tertutup pun harus dengan [Unreadable] pihak-pihak yang berkuasa tentera terlebih dahulu. "Barang siapa yang melanggar peraturan-peraturan ini akan dikenakan tindakan keras", demikian pengumuman itu. Terhadap surat-surat khabar di Sumatera juga dikenakan larangan-larangan yang keras, yang mulai berjalan pada hari ini. Surat-surat khabar "dilarang membuat tajuk-tajuk rencana dalam bentuk apa pun". Larangan ini juga berlaku [Unreadable] penerbitan-penerbitan lain. Berita-berita yang disiarkan melalui Radio Jakarta, Kantor Berita Antara, Penerangan Angkatan Bersenjata, dan lain-lain alat pemerintah boleh dikutip oleh akhbar-akhbar tetapi "hendaklah disiarkan sepenuhnya dan tidak boleh diulas". === [PDF page 4] === [Unreadable] melalui media-media massa, press atau radio hanya diperbolehkan dalam tiga bentuk: Pertama, pernyataan yang bersifat "mendukung Paduka Yang Mulia Presiden Sukarno"; Kedua, pernyataan-pernyataan yang berhubungan dengan Dwikora; Ketiga, pernyataan-pernyataan dan amanat-amanat Paduka Bung Karno", kata Radio itu. [Unreadable] [Unreadable] Penerangan Angkatan Darat dalam satu ucapannya di upacara mengenang roh panglima-panglima tentera yang terkorban itu, di halaman Studio Jakarta [Unreadable] tadi telah mengutuk keras PKI. Katanya: "Kita mesti ambil sikap keras pada manusia-manusia anti-Tuhan. Mereka hembus-hembuskan pertentangan antara kelas-kelas. Hanya kelas tani, kelas buruh sahaja boleh menang. "Revolusi kita ini ialah revolusi seluruh rakyat Indonesia. "Kerana itu seluruh rakyat mesti menang. "Ini bukan revolusi untuk segolongan atau partai-partai tertentu sahaja. Mereka binatang buas yang hauskan darah." === [PDF page 5] === PRESIDEN Sukarno membalas tabik hormat dalam perayaan-perayaan Hari Kebangsaan Indonesia baharu-baharu ini. Tetapi siapakah soldadu gagah di belakangnya itu? Soldadu itu memakai uniform pengawal Presiden. Pangkatnya ialah Lieutenant Colonel. Dia-kah Untung - orang yang mengetuai percubaan merebut kuasa pada 30 September di Jakarta? Untung (gambarnya belum pernah disiarkan) dan orang-orangnya sedang menentang sungguh-sungguh Tentera Indonesia di Yogyakarta, bandar yang khabarnya telah bertukar tangan tiga kali semenjak hari Jumaat lalu. - Gambar Camera Press

English translation

=== [Page 1] === Anger mounts against the PKI because of the killings SUKARNO AND CABINET MEET FOR THE FIRST TIME SINCE THE "30 SEPTEMBER MOVEMENT" REVOLTED KUALA LUMPUR, Wednesday. – PRESIDENT Sukarno and his Cabinet met today for the first time since the "30 September Movement" broke out last week, according to Radio Jakarta, heard here today. The Cabinet meeting was held at the Presidential Palace in Bogor, 40 miles from Jakarta, at a time when anger was mounting against the Indonesian Communist Party as a result of the killing of the Army's top commanders by the rebel faction of Lt Col Untung. The Nahdlatul Ulama party – the largest Islamic party in Indonesia – this morning issued a statement demanding that President Sukarno ban the PKI and organisations affiliated with the party. NU, besides condemning the "30 September Movement" rebels as traitors, stated that the facts show the rebels had distributed weapons to Pemuda Rakyat, Gerwani, SOBSI and all other organisations which "took part in masterminding the 30 September movement". The statement said that members of Pemuda Rakyat and Gerwani had come from the regions and trained at Sarang Buaya [i.e. Lubang Buaya], outside Jakarta, where the bodies of the top commanders were found. === [Page 2] === According to NU, the fact is that the PKI not only supported the "30 September Movement" but Harian Rakyat's editorials supported the movement to seize state power. The statement demanded that President Sukarno revoke the publishing licence of the PKI newspaper Harian Rakyat and of newspapers published by PKI groups. Radio Jakarta this morning repeatedly broadcast announcements asking Cabinet members to attend the Cabinet meeting in Bogor. It is not known whether the PKI leader D.N. Aidit will attend. Where Aidit is now is not known, but it is understood that he and other PKI leaders are hiding in Central Java. Radio Jakarta this morning described the announcements it had received from people's bodies condemning the "30 September Movement" as a "flood". Eight daily newspapers have been allowed to resume publication by the army war authority in Jakarta. These newspapers, mostly papers of Islamic groups and groups outside the PKI, include Duta Masjarakat, Suara Islam and also the Foreign Ministry's official English-language newspaper, the Indonesian Herald. The official news agency Antara is still banned, but the Jakarta war authority promised that the question of allowing Antara to resume is under study. Magazines and weeklies have not yet been allowed to publish. === [Page 3] === Eradicating Radio Jakarta continues to broadcast announcements from army commanders and Ministers to the people to be loyal to the state, to Pancasila and to President Sukarno. A new armed forces top command has been formed in Central Java to eradicate the remnants of the rebels, led by Lt. Col. Suparno. Two battalions of the Diponegoro Division are said to have returned to their army headquarters in Yogyakarta, Central Java, according to Radio Jakarta. It is not clear whether these battalions were involved in Lt. Col. Untung's rebellion. According to Radio Jakarta, the commander of the 72nd Regiment of the Diponegoro Division in Yogyakarta was killed in front of his family. The rebels hacked his wife and children, the radio said. Meanwhile Radio Medan this afternoon announced bans by the Sumatra military authority on public rallies, meetings or demonstrations. The North Sumatra Military Regional Authority decided to ban public rallies and [meetings] in order "to heighten the vigilance and preparedness of the people". Speeches must be written and submitted in advance to the military authorities. Slogans must also be approved by the army. Even closed rallies and meetings require prior permission from the military authorities. "Whoever violates these regulations will face strong action," the announcement said. Strict restrictions have also been imposed on newspapers in Sumatra, effective today. Newspapers are "forbidden to publish editorials in any form". This ban also applies to weeklies, magazines and other publications. News broadcast through Radio Jakarta, the Antara news agency, Armed Forces Information and other government channels may be quoted by the press but "must be published in full and may not be commented on". === [Page 4] === [Statements] through the mass media, press or radio are permitted in only three forms: first, statements "supporting His Excellency President Sukarno"; second, statements relating to Dwikora; third, statements and messages of His Excellency Bung Karno, the radio said. [Unreadable line.] [The head of] Army Information, in a speech at a ceremony commemorating the fallen army commanders, in the grounds of the Jakarta studio last night, strongly condemned the PKI. He said: "We must take a hard line towards these anti-God people. They stir up conflict between classes – [claiming that] only the peasant class and the working class can win. Our revolution is the revolution of the whole Indonesian people. Therefore the whole people must win. This is not a revolution for one group or certain parties only. They are wild beasts thirsting for blood." === [Page 5] === [Photo caption:] PRESIDENT Sukarno returns a salute at the recent Indonesian National Day celebrations. But who is the dashing soldier behind him? The soldier wears the uniform of the Presidential guard. His rank is Lieutenant Colonel. Is he Untung – the man who led the attempt to seize power on 30 September in Jakarta? Untung (whose picture has never been published) and his men are putting up stiff resistance to the Indonesian Army in Yogyakarta, a city said to have changed hands three times since last Friday. – Camera Press photo