Wanita yang dipenjarakan (Tears at Bukit Duri), photo story by Kurnipi, UPI
Cleaned OCR text (Poor (0.688); proof-reading: whole text (Claude, Oct 2026)). Old Indonesian spelling has been converted to modern EYD. [Unreadable] marks text that could not be recovered. English translation below.
Text
=== [PDF page 1] ===
Tangisan di Bukit Duri
Oleh KURNIPI
Jurugambar UPI
"MENGAPA menangis?" saya bertanya perempuan yang dipenjarakan itu.
"Anak-anak saya di rumah," katanya. "Mengapa saya di sini? Apa yang saya lakukan? Sampai bila mereka tahan saya di sini?"
Inilah pertanyaan-pertanyaan yang tidak dapat saya menjawab. Banyak orang lain cuba menjawab pertanyaan-pertanyaan seumpama itu.
=== [PDF page 2] ===
Ada seramai 110 orang tahanan dalam penjara perempuan di Bukit Duri, salah sebuah tempat tahanan di ibukota ini.
Perempuan ini telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam percubaan merampas kuasa yang dilancarkan oleh Komunis pada 1 Oktober yang lalu.
Di antara mereka ialah dua orang anggota utama Gerakan Wanita Indonesia (Gerwani), Puan Salawati Daud dan Puan Umi Sardjono, kedua-duanya menjadi anggota Parlemen dan Kongres Rakyat.
Juga terdapat Emi binti Madali, berumur 20 tahun, yang mengaku mengambil bahagian dalam pembunuhan Allahyarham Ketua Tentara Darat, Lt. General Yani, pada waktu menjelang subuh pada hari percubaan rampasan kuasa tersebut.
Selainnya terdapat juga dua orang anak kecil, budak perempuan berumur tujuh tahun dan anak lelaki berumur kira-kira dua tahun setengah, yang masuk [Unreadable] kerana mereka tidak ada waris lain untuk menjaga [Unreadable]
=== [PDF page 3] ===
Pembunuh
Seperti juga beratus orang rakan perjuangan mereka di seluruh ibukota ini dan beribu-ribu lagi di seluruh negeri, perempuan-perempuan ini telah ditangkap dalam usaha menghancurkan anasir-anasir Komunis setelah berlakunya percubaan rampasan kuasa itu.
Ramai seperti Emi binti Madali, secara langsung dikaitkan dengan pembunuhan kejam beramai-ramai enam orang panglima tentara. Panglima-panglima itu telah diculik dari rumah masing-masing sebelum subuh dan dibawa ke sebuah khemah latihan Komunis di Lubang Buaya, di luar kota Jakarta dekat pangkalan angkatan udara Halim.
Lain-lainnya ialah pegawai-pegawai kanan Gerwani yang menjadi tunjang gerakan Komunis.
Perempuan-perempuan di Bukit Duri membantah bahawa mereka tidak bersalah dan melarang jurugambar-jurugambar mengambil gambar mereka. Setengah-setengahnya duduk mendiamkan diri sahaja dan merenung keluar dari bilik tahanan mereka. Sudah dua bulan mereka menunggu untuk mengetahui untung nasib mereka.
English translation
=== [Page 1] ===
Tears at Bukit 1 October [i.e. Bukit Duri]
By KURNIPI, U.P.I. photographer
"WHY are you crying?" I asked the imprisoned woman.
"My children are at home," she said. "Why am I here? What have I done? How long will they keep me here?"
These are questions I could not answer. Many others have tried to answer such questions.
=== [Page 2] ===
There are some 110 detainees in the women's prison at Bukit Duri, one of the detention places in this capital.
These women were arrested because they are suspected of involvement in the attempt to seize power launched by the Communists on 1 October.
Among them are two leading members of the Indonesian Women's Movement (Gerwani), Mrs Salawati Daud and Mrs Umi Sardjono [OCR: Uni Sardjono], both members of Parliament and of the People's Congress.
There is also Emi binti Madali, aged 20, who confessed to taking part in the killing of the late Army Commander, Lt. General Yani, at dawn on the day of the attempted seizure of power.
Besides them there are also two small children – a girl of seven and a boy of about two and a half – who went into prison together with their mothers because they had no other relatives to look after them.
=== [Page 3] ===
Killers
Like hundreds of their comrades throughout this capital and thousands more across the country, these women were arrested in the effort to crush Communist elements after the attempted seizure of power.
Many, like Emi binti Madali, are directly linked to the cruel mass killing of six army commanders. The commanders were kidnapped from their homes before dawn and taken to a Communist training camp at Lubang Buaya, outside Jakarta near Halim air force base.
Others are senior officials of Gerwani, which was a pillar of the Communist movement.
The women at Bukit Duri protest that they are innocent and forbid photographers to take their pictures. Some just sit silently and stare out of their cells. For two months they have been waiting to learn their fate.