Gerwani Archive
Researcher log in

← GA-03342

Wanita pertama dibicarakan bersabit rampasan kuasa 1965 ('Gestapo' woman to be tried)

Cleaned OCR text (Fair (0.869); proof-reading: whole text (Claude, Oct 2026)). Old Indonesian spelling has been converted to modern EYD. [Unreadable] marks text that could not be recovered. English translation below.

Text

Wanita Gestapo dibicarakan JAKARTA, Selasa. — Wanita pertama yang akan dibicarakan bersabit dengan percubaan rampasan kuasa komunis yang gagal dalam tahun 1965 di sini akan diadakan di sebuah mahkamah setempat tidak lama lagi, kata seorang jurucakap mahkamah hari ini. Jurucakap itu berkata Puan Sumali, seorang pemimpin Gerwani, bahagian wanita Parti Komunis Indonesia yang telah diharamkan, akan menghadapi tuduhan-tuduhan kerana menyiksa seorang jenderal tentera Indonesia dengan sebilah pisau cukur. Dia telah ditangkap bersama anggota-anggota lain Gerwani di Lubang Buaya di selatan Jakarta pada 1 Oktober 1965 setelah mayat enam orang jenderal yang dikelar-kelar dijumpai di dalam sebuah perigi utara [sic], menurut jurucakap itu lagi. Sementara itu, Komandan Tentera Kalimantan Barat, Brig.-Jen. Seno Hartono, menggesa pasukan-pasukan yang di bawah perintahnya supaya berjaga-jaga menghadapi kemungkinan kegiatan baru komunis. — Reuter

English translation

=== [Page 1] === 'Gestapo' woman to be tried JAKARTA, Tuesday – The first woman to be tried in connection with the failed communist coup attempt of 1965 will appear before a local court here soon, a court spokesman said today. The spokesman said Mrs Sumali, a leader of Gerwani, the women's section of the banned Indonesian Communist Party, will face charges of torturing an Indonesian army general with a razor blade. She was arrested together with other Gerwani members at Lubang Buaya, south of Jakarta, on 1 October 1965 after the bodies of six slashed generals were found in an old well, according to [the spokesman]. Meanwhile, the West Kalimantan army commander, Brig-Gen. Seno Hartono, urged the units under his command to be on guard against possible new communist activity. – Reuter.